assalammualaikum...
Blog ini diwujudkan adalah untuk membuat kajian mengenai potensi pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Cahaya Baru yang terletak di Pasir Gudang Johor...
untuk maklumat anda, Kampung Cahaya Baru terletak di dalam Mukim
Plentong, dengan jarak kira-kira 35km dari Johor Bharu dan 13km dari Pasir
Gudang yang terletak diantara Masai dan Kong-Kong. Kampung Cahaya Baru
merupakan salah satu Tanah Rancangan Tertua di Malaysia yang pembangunannya
telah dimulakan sejak 1955 lagi. Ia adalah diantara 14
buah rancangan yang dibangunkan oleh Kerajaan dengan melibatkan tanah seluas
14,6000 hektar dengan tidak kurang dari 3,522 peneroka (keluarga).
Menurut peneroka asal kampung ini iaitu Tuan Haji Mustapa yang
berusia 77 tahun, Kampung Cahaya Baru telah dibuka pada penghujung 1959 dengan
jumlah peneroka awal seramai 431 orang, dan mempunyai keluasan 5100 ekar
sahaja. Pada awalnya Kampung Cahaya Baru telah ditadbir sepenuhnya oleh pihak
pengurusan FELDA dengan mewujudkan sebuah pejabat pentadbiran dilengkapi dengan
12 orang kakitangan. Nama kampung ini pada asalnya adalah Kampung Kong-Kong
Darat, kemudian nama tersebut telah ditukar setelah FELDA mentadbir kampung
tersebut pada tahun 1955 sehingga 1959
dan diberi nama Felda Cahaya Baru. Namun, nama tersebut tidak bertahan
lama kerana penduduk kampung memprotes semua sistem pengurusan FELDA yang tidak
sistematik dan mendesak supaya nama kampung ditukar kepada Kampung Cahaya Baru
pada awal 1970.
Casino Site Review - Lucky Club
ReplyDeleteLive Casino Casino Site Review · About Lucky Club · No Deposit Bonus · Live Dealer · Top Casino · Live Casino · Best Casino · luckyclub.live Betting Sites. Rating: 3.9 · Review by Lucky Club